|
|
|
|
TENTANG KAMI
|
|
|
Kelab Motor Nusantara adalah merupakan salah sebuah kelab NGO yang berdaftar. Selain daripada program dan aktiviti permotoran, "Nusantara Bikers Club" juga banyak terlibat dengan program-program yang melibatkan kerja amal dan kemasyarakatan.
Sebelum Kelab Motor Nusantara di daftarkan,kelab ini dikenali sebagai Gegar Motor Club (GMC) yang mana tujuan utama ditubuhkan hanya sebagai sebuah kelab yang berorientasikan riadah semata mata. Kelab GMC telah ditubuhkan pada tahun 1996 di mana pada waktu itu kewujudan motosikal yang berkuasa 150cc telah mula diperkenalkan dengan begitu meluas.
Pada tahun 2000, akhirnya kelab GMC ini telah dibubarkan walaupun ketika itu kelab tersebut telah mempunyai ahli yang ramai namun diatas faktor ekonomi merundum pada ketika itu, ramai pemilik motosikal mula beralih kepada altenatif kenderaan yang lebih murah kos penyelenggaraannya berbanding motosikal berkuasa150cc tersebut.Pada tahun 2006, melihat kepada gejala sosial seperti lumba haram, masalah rempit dan sebagainya dikalangan masyarakat semakin berleluasa,akhirnya ramai ahli telah berkumpul serta bersetuju supaya kelab ini diwujudkan semula dan akhirnya kelab tersebut ditubuhkan semula dan telah didaftarkan secara sah dengan kerajaan serta diubah nama kepada Kelab Motor Nusantara Negeri Pulau Pinang.
Pengstrukturan semula telah disusun dalam kelab ini manakala keanggotaanya pula ramai yang terdiri daripada golongan-golongan professional. Objektif serta matlamat yang ingin dicapai dalam kelab ini juga telah dikaji dan dikemaskinikan.
Jika dahulu kewujudan kelab ini hanya bermotifkan kepada riadah, namun kini objektif dan matlamat kelab ini lebih difokuskan kepada program yang berteraskan kepada kemasyrakatan untuk membentuk sahsiah, rohani dan jasmani bagi membentuk satu masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta menjadi contoh kepada generasi akan datang.
MATLAMAT
* Melahirkan generasi muda yang mempunyai daya saing, jati diri dan berpotensi untuk cemerlang dalam kehidupan baik dunia mahupun akhirat.
* Menanam semangat setiakawan tidak kira warna kulit, agama dan bangsa demi perpaduan rakyat Malaysia.
OBJEKTIF
* Memberi kesedaran kepada ahli betapa pentingnya aspek pemanduan dan keselamatan di jalan raya.
* Membantu kerajaan dalam membasmi pelbagai gejala sosial demi kepentingan generasi akan datang.
* Menggalakkan interaksi kaum yang baik tanpa mengira status bangsa, agama dan kaum dalam satu masyarakat yang berbilang kaum.
* Menyedarkan masyarakat sekeliling tentang nilai-nilai murni yang terdapat dalam aktiviti yang melibatkan persatuan bermotosikal.
* Menyediakan berbagai program kepada generasi muda supaya sedar tentang tanggungjawab sosial yang perlu dipikul.
* Membentuk rohani, jasmani dan emosi ahli agar lebih dinamik dan efektif.
MOTTO PERSAUDARAAN, PERSEFAHAMAN DAN PERMUAFAKATAN (3P)
Motto ini diambil kerana untuk berjaya dalam apa jua yang kita kehendaki, kita mestilah bersatu tanpa mengira kaum,bangsa, agama atau keturunan yang ada di dalam kelab .Di samping itu sifat muafakat tolong menolong serta bantu membantu adalah penting di tanam dalam sanubari setiap ahli kerana bak kata pepatah BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING. Setelah semuanya ini diamalkan..insyallah sudah pasti kejayaan perjuangan akan berada dalam genggaman kita.
|
|